Subscribe via RSS

Dunia Lakonan, Realiti & Masa Depan

Kali ini Aku ingin berkongsi pengalaman, pandangan, masa depan mengenai  kerjaya Aku sebagai seorang pelakon yang hampir mencecah 20 tahun melibatkan diri didalam bidang ini termasuk masa mencari, menanti tawaran berlakon yang kunjung tibanya begitu sungguh tidak menentu, menunggu dilokasi, yang telah menjadi minat Aku dan juga punca utama rezeki untuk menyara hidup dari mula Aku melibatkan diri didalam bidang ini hingga ke hari ini.

Aku melibatkan diri secara sepenuh masa bermula ketika usia 20 tahun, dimana pada ketika itu penglibatan Aku banyak tertumpu didalam bidang peragaan ( catwalk model ) dan juga model iklan tak kiralah samada majalah, suratkhabar, billboard mahupun iklan tv. Cabaran dan semangat ketika menjadi model pada zaman permulaan tidaklah begitu mencabar berbanding ketika ini walaupun setiap hari yang dilalui hanya untuk sesi ujibakat ( casting ) dan proses latihan di gimnasium untuk membesarkan tubuh badan supaya nampak lebih tegap ( fit ). Aku pernah dibayar hanya seratus lima puluh ringgit untuk setiap "catwalk show" melalui agensi yang mencari dan memberi peluang kepada kami.

Semangat untuk melibatkan diri didalam bidang ini menjadi begitu tinggi apabila Aku terpilih untuk menjayakan iklan tv dengan bayaran yang agak lumayan yang tidak pernah datang dalam hidup Aku. Selepas satu demi satu tawaran yang diterima, Aku berjaya menempatkan diri didalam bidang perfileman dengan filem pertama Aku dilayar perak adalah "KAD CINTA". Dengan filem pertama ini, bermula lah kehidupan glamor Aku dan bergelar seorang artis yang dikenali ramai ketika itu. Saingan antara rakan-rakan seangkatan tidaklah begitu hebat seperti sekarang, bayaran yang diterima juga lumayan dan jangka masa pengambaran sesebuah filem agak panjang adakalanya mencecah dua bulan bergantung kepada genre.

Hari ini, dengan pelbagai program realiti tv mencari bakat penyanyi tumbuh bagai cendawan yang melahirkan ramai penyanyi kebanyakan akan menjadi pelakon, "berlunggok" dipasaran akibat dari industri muzik yang semakin merundum membawa kepada persaingan untuk mendapatkan peluang berlakon tinggi menyebabkan pihak lain mengambil kesempatan dan ramai yang terpaksa mengikut rentak terpaksa bersaing untuk mendapatkan tempat dan peluang akibatnya bayaran yang ditawarkan semakin berkurangan. Apabila modal yang terpaksa dikeluarkan oleh penerbit semakin meningkat, maka produksi mesti dipercepatkan. Tidak hairanlah kalau sesebuah filem hanya mengambil masa hanya 20 hari untuk proses pengambaran ditambah dengan sistem wajib tayang dari 2 minggu menjadi 1, untuk memberi peluang kepada filem yang sedang menanti giliran menjadi begitu singkat. Ini secara tidak langsung memberi cabaran yang positif dan juga negatif kepada kami dan industri amnya.

Dalam suasana kos keperluan semakin meningkat, jumlah kutipan yang tidak pernah mencecah lebih dari 10 juta,( apatah lagi 40 juta..oops ) apakah industri perfileman melayu semakin berkembang? Adakah orang melayu sudah tidak mahu menonton dan menyokong  filem melayu? ( bagi komen ) Keadaan ini memaksa pihak-pihak tertentu tidak berminat untuk mengambil peluang melabur didalam bidang ini. Bagi Aku, dari bujang sampailah beranak pinak, susah senang, lakonan sudah menjadi sebati dan skil semulajadi sukar untuk Aku tinggalkan. Hari demi hari, tahun demi tahun, kerana minat dan juga keperluan hidup, Aku  tetap menyokong dan berharap masa hadapanya menjadi lebih baik kerana mungkin suatu hari, ada anak-anak Aku yang mungkin mengikut jejak langkahku.

Jumpa Lagi..


Newer Post » « Older Post

One Comment [+]

Comments RSS
  1. susah jugak kan life abg hairie b4 jd selebriti ni kan.. hurmm.. lebih kurang kisah sha la ni. nak2 lagi kite baru, org x kenal pun. senang2 je kena tipu kan,.hehe.. but now u got wht u always wanted kan.. good 4 u bro.. live strong! keep it up.. cheers~

Leave a Reply