Subscribe via RSS

Scuba Diving @ H.O Scuba Adventure

Ketenangan dan Cabaran Bermula Disini..

Aku ingin bercerita tentang bagaimana aku mula meminati dan juga pengalaman Aku dalam industri sukan ini sehingga Aku menjadi seorang jurulatih selam scuba ( scuba diving instructor ).
Lumrah, sungai dan laut adalah menjadi tumpuan kepada kehidupan baik kepada manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Sudah tentu Aku juga sudah biasa dengan kehidupan bermain disungai bersama-sama dengan teman karib Aku ketika menjelang cuti sekolah bermula.

Bermain, mandi-manda, berkelah ditepi sungai sungguh menyeronokkan..aktiviti yang selalu kami lakukan selain dari memukat ikan adalah menembak ikan ( spear fishing )..pakai senapang tembak ikan buatan sendiri jer. Sudah tentu secara semulajadi berenang dan teknik menyelam kami adalah melalui pengalaman sendiri sahaja..tidak ada kelas berenang dan meyelam secara formal. Berenang dan menyelam didasar sungai sambil mencari lubuk-lubuk dengan hanya memakai cermin tembak ikan ( diving mask ) warna biru, kalau cari kat kedai cina dekat pekan kecik masih ada lagi..telah mendedahkan Aku kepada ilmu menyelam secara tidak sengaja.

Sebenarnya Aku telah banyak mempelajari ilmu menyelam ( dive courses ) secara tidak sengaja. Pada ketika itu, walaupun Aku tidak tahu asas dan keselamatan untuk menyelam ( basic and safety diving ), Aku sudah tahu bagaimana caranya untuk mengatasi sakit telinga akibat tekanan air ( water pressure, equalize ), cermin menyelam menjadi kabus ( mask defog ), mencuci cermin ketika menyelam ( mask clearing ) dan bagaimana caranya untuk berada  lama didalam air.( air consume, calm ).

Bercuti adalah untuk berehat dari kesibukan tugas harian, mencari ketenangan, ada yang memilih dengan berehat di hotel sambil membeli belah, ada yang memilih untuk bercuti di pulau-pulau yang menarik didalam mahupun luar negeri. Aku lebih gemar bercuti di kepulauan tropika ( tropical island ). Pada mulanya Aku hanya melihat pelancong barat mengambil kesempatan meneroka dasar laut kita, malah ada yang mencari dan mangambil khazanah yang berharga dari dasar laut kita. Dari sinilah timbul keinginan Aku untuk mencuba meneroka keindahan dasar laut dengan mengikuti kursus  menyelam dengan betul dan selamat ( open water diver course ). Ternyata apabila aku mengikuti kursus menyelam aku dapat menikmati keindahan dasar laut dengan lebih yakin, menyeronokkan dan menarik minat Aku untuk meneruskan aktiviti ini.

Setelah lebih lima tahun Aku menceburi aktiviti ini, berbagai destinasi menarik telah aku jelajahi, Aku mengambil keputusan untuk meneruskan minat Aku dengan mengikuti kursus jurulatih menyelam ( instructor development course ) dan berjaya menjadi seorang jurulatih. Aku merasakan dan ingin berkongsi pengalaman ini dengan anak-anak Aku dan juga kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk meneroka keindahan dasar laut dengan lebih selamat.
Newer Post » « Older Post

3 Comments [+]

Comments RSS
  1. Saya berminat untuk mencuba aktiviti selam skuba setelah pertama kali snorkeling tapi masalahnya saya tak tahu berenang. Berapa agaknya bayaran untuk mengikuti kursus ini?

Leave a Reply