Subscribe via RSS

Aku aka Hairie Othman

Siapa Aku..?

Aku dilahirkan pada tahun..orang Cina panggil tahun babi, berasal dari Kedah. Aku berhijrah ke Kuala Lumpur sejak 22 tahun yang lalu..pada mulanya Aku, seperti remaja yang lain ketika tamat sekolah menengah, Aku meneruskan zaman remaja mencari arah mencipta identiti diri, mencari sesuatu yang terbaik untuk diri, kerjaya disamping memenuhi keperluan hidup sebagai seorang remaja diperantauan.

Tamat sekolah menengah, Aku melanjutkan pelajaran di "University of Reality"..tak pernah dengar kan..? ye, pembelajaran secara reality kehidupan, keperluan, kemahuan, cita-cita dan keazaman untuk mengubah hidup  kepada yang lebih baik. Aku bersyukur walaupun Aku hanya dilahirkan dari keluarga yang sederhana. tetapi Aku mendapat didikan Agama yang mencukupi..maka perjalanan hidup Aku.. Aku banyak berserah dan melakukan yang terbaik atas apa yang Aku inginkan..

Walaupun perjalanan hidup ini telah tersurat..ia harus ditempuhi untuk Aku mempelajari apa yang tersirat. Kekurangam dan ketidaksempurnaan itu lah pelengkap untuk memenuhi kehidupan menjadi sempurna. Aku meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang remaja yang ceria dan mudah didekati, Aku mempunyai ramai kenalan dalam serba kekurangan. Aku memenuhi keperluan hidup dengan melakukan pelbagai kerja, dari seorang pembantu am mini market, pelayan restoren makanan segera, pencuci kereta, pemandu teksi, jurujual pakain, barangan, agent insuran, model iklan sehinggalah Aku ke hari ini, seorang pelakon, pengarah dan juga jurulatih scuba diving.

Kehidupan sementara ini adalah untuk diuji..Aku menghadapi pelbagai  asam garam dan dugaan hidup, adapun yang menyeronokan mahupun yang memeritkan yang terpaksa dilalui. Adat manusia, sesuatu yang gembira, membuatkan Aku mudah lupa..dari serba kekurangan menjadai serba mencukupi malah mewah, dari hanya berjalan kaki, naik bas turun bas, motor kecik motor besar, beli kereta jual kereta, naik turun kapal terbang, luar negeri dalam negeri sehinggalah Aku pernah berpatah balik sampai terpaksa berjalan kaki semula. Itu lah putaran kehidupan Aku.

Hari ini, Aku meneruskan hidup seperti manusia yang lain, Aku bersyukur kepada Allah S.W.T, Aku telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sempurna walaupun jodoh Aku tak panjang tetapi dipanjangkan umur Aku lagi..masuk four series dah, seharusnya Aku lebih memahami dan meneruskan perjalanan yang  mencabar ini dengan lebih tabah untuk menjadikan Aku seorang hamba yang  bersyukur diatas nikmatNYA.

Jumpa Lagi

Newer Post »

3 Comments [+]

Comments RSS
  1. Salam Tabik Tuan Lt Adnan... oops, Hairie, tahniah kerana memilih berjuang dalam PAS. Cuma ingat pesan T.G Nik Aziz yg banyak kali "PAS ni hanya jalan/wadah berjuang, kerja sebenar kita umat Islam hamba ALLAH ialah Amar Ma' ruf, Nahi Munkar". Dan satu lagi pesan beliau (TGNA),hari akhirat itu ALLAH panggil HARI AGAMA (YAU MIDDIN) dalam surah pembukaan al-Quran, Al-Fatihah. Kenapa ALLAH tidak panggil dengan panggilan lain contohnya hari Qiamat (YaumilQiamah)? Sebabnya di padang Mahsyar semua kerja buat dan amalan manusia diatas dunia akan diHISAB atau di beri PENGADILAN. Maka dasar apa pengadilan itu dibuat? Itulah dasar syariat Islam yang menyeluruh (Din ul Islam). Maka apakah dasar yg kita nak ikut seumur hayat kita atas dunia ni jika dasar yg sama itulah juga diguna ALLAH untuk menentukan destinasi akhir kita... Syurga atau Neraka? Tentulah Din ul ISLAM. Maka syabas sekali lagi dari saya untuk Tn Lt. 'Adnan'.

  2. saya baru tahu tentang penghijrahan saudara...alhamdulillah...tahniah dr org pedu...

Leave a Reply