Browse » April 2011
Kali ini Aku ingin berkongsi pengalaman, pandangan, masa depan mengenai kerjaya Aku sebagai seorang pelakon yang hampir mencecah 20 tahun melibatkan diri didalam bidang ini termasuk masa mencari, menanti tawaran berlakon yang kunjung tibanya begitu sungguh tidak menentu, menunggu dilokasi, yang telah menjadi minat Aku dan juga punca utama rezeki untuk menyara hidup dari mula Aku melibatkan diri didalam bidang ini hingga ke hari ini.

Semangat untuk melibatkan diri didalam bidang ini menjadi begitu tinggi apabila Aku terpilih untuk menjayakan iklan tv dengan bayaran yang agak lumayan yang tidak pernah datang dalam hidup Aku. Selepas satu demi satu tawaran yang diterima, Aku berjaya menempatkan diri didalam bidang perfileman dengan filem pertama Aku dilayar perak adalah "KAD CINTA". Dengan filem pertama ini, bermula lah kehidupan glamor Aku dan bergelar seorang artis yang dikenali ramai ketika itu. Saingan antara rakan-rakan seangkatan tidaklah begitu hebat seperti sekarang, bayaran yang diterima juga lumayan dan jangka masa pengambaran sesebuah filem agak panjang adakalanya mencecah dua bulan bergantung kepada genre.

Jumpa Lagi..
Read more »

Post Info
-
Posted on:
Sunday, 24 April 2011 -
Author:
hairieothman -
Comments:
One Comment
Related Posts
Social Bookmark
Ketenangan dan Cabaran Bermula Disini..
Aku ingin bercerita tentang bagaimana aku mula meminati dan juga pengalaman Aku dalam industri sukan ini sehingga Aku menjadi seorang jurulatih selam scuba ( scuba diving instructor ).
Lumrah, sungai dan laut adalah menjadi tumpuan kepada kehidupan baik kepada manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Sudah tentu Aku juga sudah biasa dengan kehidupan bermain disungai bersama-sama dengan teman karib Aku ketika menjelang cuti sekolah bermula.

Bercuti adalah untuk berehat dari kesibukan tugas harian, mencari ketenangan, ada yang memilih dengan berehat di hotel sambil membeli belah, ada yang memilih untuk bercuti di pulau-pulau yang menarik didalam mahupun luar negeri. Aku lebih gemar bercuti di kepulauan tropika ( tropical island ). Pada mulanya Aku hanya melihat pelancong barat mengambil kesempatan meneroka dasar laut kita, malah ada yang mencari dan mangambil khazanah yang berharga dari dasar laut kita. Dari sinilah timbul keinginan Aku untuk mencuba meneroka keindahan dasar laut dengan mengikuti kursus menyelam dengan betul dan selamat ( open water diver course ). Ternyata apabila aku mengikuti kursus menyelam aku dapat menikmati keindahan dasar laut dengan lebih yakin, menyeronokkan dan menarik minat Aku untuk meneruskan aktiviti ini.

Thursday, 21 April 2011 -
Author:
hairieothman -
Comments:
3 Comments
Related Posts
Social Bookmark
Siapa Aku..?
Aku dilahirkan pada tahun..orang Cina panggil tahun babi, berasal dari Kedah. Aku berhijrah ke Kuala Lumpur sejak 22 tahun yang lalu..pada mulanya Aku, seperti remaja yang lain ketika tamat sekolah menengah, Aku meneruskan zaman remaja mencari arah mencipta identiti diri, mencari sesuatu yang terbaik untuk diri, kerjaya disamping memenuhi keperluan hidup sebagai seorang remaja diperantauan.
Tamat sekolah menengah, Aku melanjutkan pelajaran di "University of Reality"..tak pernah dengar kan..? ye, pembelajaran secara reality kehidupan, keperluan, kemahuan, cita-cita dan keazaman untuk mengubah hidup kepada yang lebih baik. Aku bersyukur walaupun Aku hanya dilahirkan dari keluarga yang sederhana. tetapi Aku mendapat didikan Agama yang mencukupi..maka perjalanan hidup Aku.. Aku banyak berserah dan melakukan yang terbaik atas apa yang Aku inginkan..
Walaupun perjalanan hidup ini telah tersurat..ia harus ditempuhi untuk Aku mempelajari apa yang tersirat. Kekurangam dan ketidaksempurnaan itu lah pelengkap untuk memenuhi kehidupan menjadi sempurna. Aku meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang remaja yang ceria dan mudah didekati, Aku mempunyai ramai kenalan dalam serba kekurangan. Aku memenuhi keperluan hidup dengan melakukan pelbagai kerja, dari seorang pembantu am mini market, pelayan restoren makanan segera, pencuci kereta, pemandu teksi, jurujual pakain, barangan, agent insuran, model iklan sehinggalah Aku ke hari ini, seorang pelakon, pengarah dan juga jurulatih scuba diving.
Kehidupan sementara ini adalah untuk diuji..Aku menghadapi pelbagai asam garam dan dugaan hidup, adapun yang menyeronokan mahupun yang memeritkan yang terpaksa dilalui. Adat manusia, sesuatu yang gembira, membuatkan Aku mudah lupa..dari serba kekurangan menjadai serba mencukupi malah mewah, dari hanya berjalan kaki, naik bas turun bas, motor kecik motor besar, beli kereta jual kereta, naik turun kapal terbang, luar negeri dalam negeri sehinggalah Aku pernah berpatah balik sampai terpaksa berjalan kaki semula. Itu lah putaran kehidupan Aku.
Hari ini, Aku meneruskan hidup seperti manusia yang lain, Aku bersyukur kepada Allah S.W.T, Aku telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sempurna walaupun jodoh Aku tak panjang tetapi dipanjangkan umur Aku lagi..masuk four series dah, seharusnya Aku lebih memahami dan meneruskan perjalanan yang mencabar ini dengan lebih tabah untuk menjadikan Aku seorang hamba yang bersyukur diatas nikmatNYA.
Jumpa Lagi